PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT NEGERI/KEBANGSAAN 2023
TERMA, SYARAT DAN KELAYAKAN PERTANDINGAN
Terbuka kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berumur 7 tahun hingga 17 tahun (Tingkatan 6 tidak boleh menyertai pertandingan ini).
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan dan tiada had untuk penyertaan.
Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh 3 (tiga) orang murid dan seorang guru pembimbing. Guru pembimbing boleh berperanan sebagai pelakon tambahan dan merupakan Pengarah bagi pertandingan video ini.
Pihak penganjur berhak MENOLAK penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang ditetapkan.
Kategori yang dipertandingkan adalah:
Kategori Sekolah Menengah
Kategori Sekolah Rendah
Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Menengah)
Kategori Pendidikan Khas (Sekolah Rendah)
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Kerjasama dengan mana-mana PRODUKSI LUAR baik dari segi peralatan, penggambaran, suara latar dan lain-lain yang berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Hasil produksi hendaklah dari penglibatan warga sekolah sahaja.
Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.
Hakcipta video kreatif adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM berhak menggunakan produksi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan promosi dan sebagainya.
Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial seperti Youtube, Tiktok, Facebook, Instagram dan lain-lain. Penyiaran video tersebut hanya akan dibuat di YouTube penganjur sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.
Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
SPESIFIKASI VIDEO
Durasi masa video yang dihasilkan tidak melebihi 5:00 minit termasuk intro, kredit dan disebalik tabir.
Format yang dibenarkan adalah MOV, MPEG4, MP4, AVI atau MPEG-PS.
Resolusi minimum 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah 16:9 sahaja.
Peserta dibenarkan menghasilkan video kreatif dalam Bahasa Melayu sahaja.
Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas.
Pengunaan KESAN KHAS dibenarkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
KRITERIA PEMARKAHAN
Penyampaian Mesej Tema (25 Markah)
Skrip / Jalan cerita / susun atur (25 Markah)
Suntingan Video / Sinematografi (25 Markah)
Watak / Kostum(10 markah)
Tontonan (5 markah)
Intro, kredit dan disebalik tabir/behind the scene. (2 Minit) (5 markah)