KODAO USTP

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST) 2023

MAKLUMAN PERTANDINGAN

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 26 MEI 2023.

KELAYAKAN PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan dan tidak melebihi 5 (lima) pasukan untuk penyertaan.
  3. Setiap sekolah diwakili oleh kumpulan yang dianggotai oleh (3) tiga orang murid dan seorang guru pembimbing. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peranan tertentu (cth: Penerbit, Pengarah, Jurutera Audio, Pereka Grafik, Penata Muzik Latar, Suara Latar Watak, dsb). Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana kumpulan yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.
  4. Kategori yang dipertandingkan adalah:
    • Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)
    • Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  5. Tema produksi bagi setiap kategori ialah mana-mana bidang/unit dalam Buku Teks Sains.
  6. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
  7. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
  8. Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan. 
  9. Keputusan hakim adalah muktamad.

SYARAT PERTANDINGAN

  1. Berbentuk penceritaan dalam animasi grafik. (bergantung kepada penghasilan hasil pembelajaran atau penceritaan)
  • Mempunyai papan cerita (storyboard) – iaitu mempunyai plot penceritaan, penggabungan watak, latar  belakang, rentetan peristiwa serta sebab dan akibat.
  • Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemua/sebahagian daripadanya.
  • Tempoh tayangan adalah antara 3 hingga 5 minit (termasuk intro, montaj dan penghargaan).
  • Produksi mestilah asli dan bukan tiruan atau diplagiat dari mana-mana karya yang sudah diterbitkan. Setiap runut bunyi yang mempunyai hak cipta terpelihara, butiran penerbit, pelantun dan pencipta runut bunyi tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis dan dinyatakan dengan jelas dalam animasi tersebut.
  • Produksi adalah ciptaan asal peserta dan tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan animasi atau yang sepertinya.
  • Berteraskan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Bersesuaian untuk penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
  • Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu.
  • Produksi hendaklah dalam Bahasa Melayu sahaja. (Buku Teks Sains dalam Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu hasilnya.

2.     Produksi yang dihasilkan hanya dalam bentuk animasi. Teknik-teknik animasi yang diterima adalah:

  •    Tradisional
  •    Stop motion
  •    Computer animation (2D/3D)
  •    Teknik-teknik penghasilan animasi yang lain

KRITERIA PENILAIAN

  • Grafik
  • Teknik Animasi
  • Videografi / Suntingan
  • Storyboard
  • Penataan Audio
  • Keaslian

BORANG PENYERTAAN DST 2023 DAN TAPAK PENGHANTARAN PENYERTAAN

TAKLIMAT PERTANDINGAN DST 2023

BENGKEL 1 : STORYBOARD

BENGKEL 2 : ANIMASI MENGGUNAKAN POWERPOINT