Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.
PELAKSANAAN
Pertandingan peringkat negeri dikendalikan oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Proses pengumpulan karya daripada pencalonan daerah akan dikumpulkan secara dalam talian manakala penjurian akan dilaksanakan secara bersemuka bagi menilai karya murid.
Majlis penyampaian hadiah pemenang akan dilaksanakan dalam majlis Anugerah NILAM Negeri 2023.
SASARAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:
Bahasa Melayu Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 – 5
Bahasa Inggeris Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 – 5
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah (13 tahun – 17 tahun) kategori:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Peserta boleh menghantar karya terus ke peringkat negeri.
Tema bagi pertandingan 2023 ialah bertemakan Teknologi : Mendepani Cabaran Masa Hadapan (Technology: To Face The Future Challenges)
Berikut adalah perincian sasaran peserta:
Terlibat dan cemerlang dalam projek NILAM di sekolah
Mempunyai kemahiran dalam menghasilkan penulisan kreatif yang baik
Mendapat rekomendasi sebagai hasil penulisan terbaik daripada Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri.
Tiga hasil penulisan terbaik akan menerima hadiah yang terdiri daripada trofi dan sijil.
Bahan-bahan penulisan yang diterima akan menjadi hak milik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan digunakan untuk diterbitkan semula jika perlu.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Penulisan karya hendaklah menepati ciri-ciri seperti berikut:
Had perkataan 1200 hingga 1500 patah perkataan
Font Times New Roman bersaiz 14 dengan jarak langkau 1.5
Karya dihantar dalam format word dan pdf
Setiap karya mestilah dilengkapi dengan TAJUK sahaja. Sebarang maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan
Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta
Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.
Semua karya dihantar secara dalam talian menerusi google formyang akan diberikan oleh pihak urus setia.
Tarikh akhir penghantaran karya ke urus setia negeri ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023.
HADIAH PERINGKAT NEGERI
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan : Trofi & sijil pencapaian
Naib Johan : Trofi & sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Trofi & sijil pencapaian
TINDAKAN
Pihak SSTP, JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
Setiap hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan hasil karya yang telah dihantar. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis.
PAUTAN BAHAN & BORANG PESERTA DAN BORANG PENGHANTARAN: